Album Komedi Hamid_Gurkha

Hamid bersama Jamali pernah menghasilkan beberapa buah album komedi yang memuatkan sketsa lawak jenaka dan lagu-lagu komedi pada era 70an terbitan Life Records namun tidak meneruskan lagi minatnya itu. Segelintir syarikat rakaman yang masih gagal menilai harga artis veteran sepertinya.Beliau patah hati untuk merakamkan album kerana ditawarkan harga tidak berpadanan dengan bakat, kebolehan dan pengalamannya.Beliau ada terima tawaran merakamkan album sketsa lawak jenaka daripada beberapa syarikat rakaman, tetapi ditolak kerana bayaran ditawarkan langsung tidak berbaloi. Setelah lebih 30 tahun bergiat dalam industri ini, itu sahaja yang mampu mereka bayar dan ia sangat mengecewakan.

Ada juga di antara mereka yang memberi alasan, album sekarang sukar dijual berbanding album dahulu. Namun, pada tahun 2003, suara beliau pernah dikomersialkan sebagai nada dering telefon bimbit yang laris terjual ketika itu .